DENGKIL,SELANGOR
Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia , dalam daerah Sepang , Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan. Dengkil ialah sebuah nama tempat bagi sebuah pekan kecil yang terletak bersebelahan dengan Putrajaya. Kalau 20 tahun lepas memang tak ramai yang kenal Dengkil ni. Tapi sejak KLIA wujud, jumlah penduduk Dengkil mula bertambah. Kini dengan adanya Cyberjaya dan Putrajaya, Dengkil telah menjadi sebuah pekan yang pesat dan harga hartanah melambung bagaikan emas. Jumlah penduduk dan taman perumahan meningkat mendadak dan jika wujud taman perumahan baru akan laris bagai pisang goreng panas. Dengkil mendapat nama daripada buah durian yang isinya dengkel-dengkel (biji besar tapi isinya nipis). Pokok-pokok durian ini banyak berbuah ditepi sungai...