DENGKIL,SELANGOR
Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, dalam daerah Sepang, Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan.
Dengkil ialah sebuah nama tempat bagi sebuah pekan kecil yang terletak bersebelahan dengan Putrajaya. Kalau 20 tahun lepas memang tak ramai yang kenal Dengkil ni. Tapi sejak KLIA wujud, jumlah penduduk Dengkil mula bertambah. Kini dengan adanya Cyberjaya dan Putrajaya, Dengkil telah menjadi sebuah pekan yang pesat dan harga hartanah melambung bagaikan emas. Jumlah penduduk dan taman perumahan meningkat mendadak dan jika wujud taman perumahan baru akan laris bagai pisang goreng panas.
Dengkil mendapat nama daripada buah durian yang isinya dengkel-dengkel (biji besar tapi isinya nipis). Pokok-pokok durian ini banyak berbuah ditepi sungai Dengkil (kini takde dah) dan begitulah keadaannya. Jadi kerana banyak sangat buah durian yang isi dengkel ni lama kelamaan tempat ini diberi nama Dengkel asalnya dan ditukar kepada Dengkil. Majoriti penduduk adalah Melayu Islam. Dengkil juga bukan sahaja sebuah kampung, malah adalah sebuah mukim yang terdapat 10 kampung dibawahnya. Terletak di daerah Sepang dan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Putrajaya dan Cyberjaya menjadikan Dengkil kini boleh dinaiktarafkan kepada bandar.
Kalau dahulu tabung-tabung kutipan derma dimasjid pada hari Jumaat lebih kurang RM1500 – RM2000 sahaja sebulan, kini jumlahnya telah meningkat kepada RM1500 – RM2000 bagi sekali Jumaat. Kalau dahulu hanya ada kedai mamak bawah pokok yang buka hingga lewat malam, kini ada 2 kedai mamak yang telah disahkan betul-betul halal beroperasi 24 jam. Kalau dahulu dari Dengkil nak ke Kuala Lumpur mencecah 1 jam perjalanan, kini dari bulatan Kampung Pandan KL nak ke Dengkil hanya 20 minit sahaja
UITM DENGKIL


Menjelang 2016, Dengkil akan lebih dikenali di Malaysia setelah terbinanya Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara disini. Projek pembinaan telah mula dijalankan pada November 2012 dijangka siap sepenuhnya pada November 2015.Saya telah sertakan gambar terkini UITM dengkil yang hampir setahun telah disiapkan.
SEKOLAH KEBANGSAAN DENGKIL

ekolah Kebangsaan Dengkil adalah salah sebuah sekolah di Daerah Sepang dan terletak dalam Pekan Dengkil. Sekolah ini terletak tidak jauh dari Putrajaya dan Cyberjaya. Ia dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Pada tahun 2008 Sekolah Kebangsaan Dengkil mempunyai bilangan murid seramai 951 orang termasuk 25 orang murid Pra Sekolah.
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1926. Sekolah Kebangsaan Dengkil telah berusia hampir 85 tahun. Ianya bermula daripada bangunan kayu, dinding papan sekerat, beratapkan nipah yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung . Selepas itu, dua buah bangunan baru dibina pada tahun 1982 dan 1983. Pada tahun 1997, satu lagi bangunan didirikan dan asrama desa juga dibina untuk menempatkan murid-murid yang ibubapanya berpendapatan rendah. Pada tahun 2001 Sekolah Kebangsaan Dengkil dibahagikan kepada dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Sesi pagi Tahun 1,4,5 dan 6 manakala sesi petang Tahun 2 dan Tahun 3. Pra Sekolah diwujudkan pada tahun 2003. Pada tahun 2009 Sekolah Kebangsaan Dengkil telah mempunyai 57 orang guru termasuk 5 orang guru praktikum J-Qaf. Seramai 32 orang guru ditugaskan pada sesi pagi dan 18 orang guru sesi petang. Manakala kakitangan bukan akademik seramai 9 orang. Semua kakitangan di sekolah ini sentiasa mengamalkan sikap kerjasama antara satu sama lain bagi memperoleh kecemerlangan muridnya.
empat bilik SK Dengkil musnah terbakar

Dalam kejadian itu, bangunan menempatkan empat bilik, masing-masing bilik koperasi, kemahiran hidup, prasekolah dan stor sukan itu musnah terbakar.
Penguasa Kanan Bomba II Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Saadon, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan tiada murid di di sekolah pada waktu kejadian.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 4.38 petang, sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Sejurus tiba, bangunan berkenaan sudah terbakar 90 peratus. Kebakaran dikawal sepenuhnya 15 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Katanya, dua jentera dengan kekuatan tiga pegawai dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikerah ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja pemadaman.
Azmi berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami
SEKOLAH MENENGAH KEBANSAAN DENGKIL


Kemajuan dalam sistem pendidikan bergantung kepada keberkesanan sesebuah organisasi sekolah dikendalikan. Sekolah seperti yang didefinisikan oleh Dewan Bahasa ( Edisi keempat) mengatakan bahawa “sekolah” sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat untuk menerima dan memberi pelajaran. Tertubuhnya ia sebagai satu tempat di mana ilmu dapat dicurahkan dan diterima
Sejarah
Sejarah
SMK Dengkil telah ditubuhkan pada Januari 1967, dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato` Ahmad Razali Bin Mohd Ali pada 11 Januari 1970. SMK Dengkil mula beroperasi dengan menumpang di SK Dengkil, dengan kapasiti guru seramai 4 orang manakala pelajar pula seramai 90 orang. Pucuk pimpinan SMKD pada waktu itu ialah En Yasin Bin Maarof (tahun 1967-1971)
Pada tahun 2003, SMK Dengkil mempunyai 6 blok bangunan, sebuah dewan Utama, 6 buah Bengkel Kemahiran Hidup, sebuah Makmal Komputer Bestari, sebuah Bilik Simulasi, 6 buah rumah guru dan sebuah kantin serta sebuah surau. Manakala bilangan gurunya seramai 100 orang dan pelajar pula seramai 1500 orang.
Pada tahun 2003, Bangunan Blok F mula digunakan dan 2 buah Makmal Matematik dan kelas-kelas tingkatan 5.
Kini setelah 42 tahun penubuhannya, SMKD mempunyai 14 orang pengetua yang menjana kemajuan dan kecemerlangannya. Berikut senarai nama pengetua SMKD:
TAHUN | NAMA PENGETUA |
1967-1971 | En Yasin Bin Maarof |
1972-1977 | En Maamum Bin Sidek |
1978-1982 | En. Nordin Bin Dahlan |
1983-1986 | En Adnan Bin Abdul Rahman |
1986-1987 | Tuan Hj Abdul Aziz Bin Mohd |
1987-1991 | Pn Yasmin Bee Bt Mohd Hassan |
1991-1995 | En Abdul Rahman Bin Hj Ngit |
1995-1998 | Hjh Norkamar Bt Hj Mokhtaar |
1999-2002 | En Zainal Bin Sahid |
2003-2006 | Pn Faizah Binti Yusoff |
2006-2010 | En Ahmad Badri Bin Mardi |
2011-2012 | Pn Hjh Sakinah @ Che Nah Binti Hj Saari |
2012-2017-PN JAMILAH
2017-KINI-PN HABSAH
|
Misi
- Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui P&P yang berkesan.
- Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang inovatif.
- Berusaha meningkatkan keecemerlangan sahsiah murid melalui program yang efisien dan efektif.
- Meningkatkan kerjasama yang erat dengan ibu bapa/ penjaga dan masyarakat setempat melalui program pemuafakatan bestari.
- Berusaha untuk menyediakan suasana yang kondusif dan gemilang IT.
Falsafah dan Nilai
“Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pentadbir dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil mendokong hasrat melahirkan pelajar-pelajar serba boleh dalam akademik dan kemahiran serta mempunyai iltizam yang tinggi yang tinggi terhadap perkembangan individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan berpegang teguh akan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Hasrat dan usaha ini adalah untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab secara mutlak terhadap diri sendiri, berilmu pengetahuan, berhemah tinggi, berani membuat keputusan yang rasional bagi kesejahteraan diri serta dapat memberI sumbangan kepada kehidupan masyarakat yang harmonis”
Piagam
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil mengutamakan amalan nilai-nilai murni dan mewujudkan insan yang berpotensi dan berbudaya ilmu.
- Sentiasa Berusaha untuk menghasilkan kecemerlangan prestasi akademik dan berkhidmat kepada pelajar, ibubapa dan masyarakat.
- Sentiasa mengalu-alukan inovasi, menampilkan potensi dan mencungkil kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana sekolah yang harmonis, sihat dan selesa.
Moto
“Pengetahuan punca kejayaan”
Lencana

- Obor – keazaman untuk berjaya
- Biru –Perpaduan antara kaum
- Putih- kesucian berteraskan nilai murni yang tinggi
- Buku- membaca jambatan ilmu
- Merah- keberanian keazaman yang tinggi serta semangat yang berkobar-kobar
- Glob- mempunyai pemikiran yang luas dan global
- Kuning-bersedia menghadapi cabaran
Lagu
Maju sekolahku maju
Ke arah cita-cita mulia
Muridnya bersatu saling berganding bahu
Bekerjasama mencapai sejahtera
Kamilah harapan watan
Mewarisi Negara yang merdeka
Menjadi pemimpin pada masa hadapan
Membela bangsa dan maruah Negara
Ikhlas jadikan panduan
Terasnya rukun Negara
Amalan yang baik jadikan teladan
Sekolah Menengah Dengkil kan Berjaya
Guru yang kami hormati
Bimbinglah kami mencari ilmu
Berbudi pekerti usaha diberkati
- Kejayaan kami kejayaan mu
Comments
Post a Comment